Monday, September 22, 2008

kemusykilan ku...

Cara mengerjakan solat dhuha, istiharah, tahajjud, taubat dan hajat dengan cara yang ringkas(bacaan yang mudah).

Jawapan:

Solat sunat Dhuha : Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dilakukan selepas lebih kurang 2 jam selepas sembahyang subuh sehingga pukul 11.00 pagi.Niat sembahyang Dhuha ialah sahaja aku bersembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah S.W.T.Dalam rakaat pertama bacalah surah Wassamsyi Wa Dhuhaha dan rakaat kedua bacalah surah Wad Dhuha.

Solat sunat Istikharah : Solat sunat istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Pada kebiasaannya dilakukan pada waktu malam. Caranya sama sahaja dengan sembahyang sunat yang lain, iaitu dua rakaat dengan satu salam. cuma yang berbeza ialah niatnya. Lafaz niatnya ialah 'sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah'. Selepas mebaca Fatihah dalam rakaat pertama bacalah mana-mana surah yang diingati,begitu juga pada rakaat kedua. Selepas memberi salam berdoalah ke hadhrat Allah SWT.

Solat sunat Tahajjud : Solat sunat Tahajjud dikerjakan sebanyak 2 rakaat yang dilakukan selepas tidur daripada 1/3 malam. Bacaannya ialah pada rakaat pertama syrah al-Kafirun dan rakaat kedua pula surah al-Ikhlas.

Solat Sunat Taubat : Solat sunat Taubat dikerjakan sebanyak 2 rakaat yang sebaik-baiknya dilakukan pada 1/3 malam. Bacaan pertama ialah surah al-Kafirun dan rakaat kedua ialah surah al-Ikhlas.

Solat sunat Hajat : Solat sunat Taubat yang dikerjakan sekurang-kurangnya 2 rakaat pada bila-bila masa sahaja. Bacaan pertama ialah surah al-Kafirun dan rakaat kedua ialah surah al-Ikhlas.