Friday, February 27, 2009

Mukhayyam

last week, ak di ajak erina ikut Mukhayyam Sahabat Al - Quran UNITEN...
lam pale otak ak nh, natang menda la mukhayyam nh..
erina kata, camping... tp sahabat al-quran (SQA) wat ak confuse jap.. wat menda ek? kena bace quran ke... hehe.. ak ignore lu msg tu sb pk xptg sgt..

hehe
bla mai UNITEN, erina ajk lagi.. ak mcm was was...
bkn was was apa, sb ak ade plan laen..

ak pk nk jmp sorg kwn tuk tlg ak siapkn projek FYP ak sabtu tu...
tp membe tu plak xreply2 msg / call ak... ade sikit cuak r...
so ak bncg ngn kwn ku si yun tu, cmne, die kata nk g, g la...
so mlm tu ak follow erina p briefing.. tp bla smp briefing abs... haha.. ketelatan...

tp esk nya.. ak n erina still join.. setelah susah payah ak mencari brgan keperluan... yg klakanya, yun pn join.. 15 min sblm kami tolak die br decide nk ikut.. huhu....


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan”. [Riwayat Imam Muslim]

Kekuatan ataupun quwwah adalah esensi bagi setiap mukmin. Lebih-lebih lagi bagi yang memahami bahawa tugasan menyebarluaskan cahaya Islam ini memerlukan kepada mukmin yang kuat lagi sihat tubuh badannya. Keimanan kepada hadith ini menjadi penggalak kepada kami Sahabat Al-Quran untuk menganjurkan Mukhayyam Sahabat Edisi Satu.

Mukhayyam diambil daripada kosa kata Arab yang bermaksud perkhemahan. Mukhayyam ini juga diadakan rentetan daripada program Jawlah Sahabat anjuran Sahabat Al-Quran (7-10 November 2008) yang lalu. Jika Jawlah objektifnya ‘kesatuan’, maka Mukhayyam pula matlamatnya ‘kekuatan’.

Objektif

1.1 Melatih ahli M-Team mengendalikan program SAQ berskala sederhana sebelum SAQ mengendalikan program-program berskala besar

1.2 Mencetus semangat dan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan membina kekuatan jasad

1.3 Memupuk semangat berpasukan di kalangan ahli Sahabat Al-Quran

1.4 Menyegarkan kembali tentang peranan dan objektif Sahabat Al-Quran dan ahli-ahlinya

1.5 Menyedarkan kepada ahli SAQ tentang peri penting umat Islam bersatu dalam menghadapi musibah di Palestin

1.6 Menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.


SAHABAT AL QURAN UNITEN

No comments: