Monday, March 9, 2009

pelindung wanita .....


"ar - rijal" dalam bahasa arabnya...
"otoko"
dalam bahasa jepun nye...
"namja"
dalam bahasa korea ...
"man" pula bunyi nya
dalam bahasa inggeris...
dan "lelaki" dalam bahasa melayu kita....

ada kata2 yg indah mengenai hal ini yg konon bersumber dari Talmud Yahudi....

The woman came out from the man's rib. Not from the feet to be stepped on. Not from the head to be superior. But from your side to be equal. Under the arm to be protected. And at the heart's side to be loved.

ak suke ayat or kata kata nh...
indah dan tersusun....
memperlihatkan betapa mulia dan bermakna nya seorg wanita..
seperti yg di perkatakan dalam Serikandi last week....

tapi topik kali nh, bukan nk cakap pasal baek / mulia / agungnya wanita...
ak nak cakap pasal lelaki...
lelaki yang di kata kan menjadi pelindung wanita...

DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki [qowwamun] semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”. (Bukhari dan Muslim) Allah berfirman di dalam surah an Nisa’ ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.
Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan ‘qowwamun’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ‘ar-rijal’ yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.

Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.

tetapi,
dalam perhubungan antara wanita dan lelaki, wanita cenderung untuk dilukai. Kenapa ya?
dalam beberapa minggu ni, kawan2 dekat ak semuanya boleh dikatakn mengalami masalah dengan lelaki...
yang rapat tu of course la ja
di 1 masalah buat mereka...

yang
dekat, makin dekat, bertikam lidah atas sesuatu yang mungkin di anggap remeh oleh sesetengah pihak, tapi serius untuk mereka dalam percubaan memahami dan untuk hidup bersama kelak... dah kenal lama.. mesti kena saling memahami.. ak kagum ngan kesabaran die, walaupun die agak lantang menyuarakn pendapat or ketidakpuasan diri. tak lah memendam.. terus dan telus.. dan orang lain pun kena la menerima ngn baek dan telus... huhu.. tp kelantangan diri dia sikit pun tak melemahkan diri and sanggup berkorban untuk orang tersayang bernama lelaki itu.. tinggi pengorbanan yang bukan sikit itu...

yang su
dah lama berkasihan, sudahnya orang yang disayang, diharapkan, tiba-tiba berkahwin dengan orang lain.. berat dugaan nya tu.. kalau tak kuat iman, mau pengsan or buat perkara yang tak elok.. inalillah.. hehe..
tp ak kagum
dengan semangat die..orang nya kental and tetap berusaha menangani walaupun payah.. dengan projek akhir, dgn test... memang menguji kesabaran.. tp still tak leh blah, bila mana lelaki tu still kontek.. dah nak jadi laki orang weh.. isk2...tapi kawan ak yg seorang ni masih berusaha menghadapi dugaan ini dengan sebaek dan semanis mungkin...

orang kata, cinta pertama itu paling manis
dan indah.. itu yg berlaku.. setelah pelbagai dugaan, halangan, jodoh tetap tidak juga sampai.. tak juga terjadi antara mereka.. bila sang lelaki mencari laen dengan helah wanita nh curang, kite redha walaupun pedih.. tetapi kenapa masih mencari wanita lagi .. sudah disuruh wanita tetapkan pendirian untuk memilih, tp akhirnya tetap meninggalkn wanita dengan perasaan serba salah yang bukan sedikit... susah2.. cinta pertama tak semestinya bersatu... ye tak... haha

lagi haru, bila wanita menyukai sang lelaki, tapi ti
dak dibalas.. sedey nye.. tp bila terbalas, tiba tiba sang lelaki jumpa yang baru... patut redha n terima.. tp jgn la si wanita menyalahkan wanita laen.. kononnye sebab wanita itu mereka berpisah.. tak baek camtu.. kena terima ngn tabah.. terima la hakikat...

Lelaki... ja
dilah pelindung wanita.. terima lah mereka seadanya ...
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.

Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita.

Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis : Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)

wanita jangan
di ekploitasi kan oleh lelaki..
se
dar kan hak wanita...

paham tak apa yang ak cuba sampai kan? hahaha...

wanita hiasan
dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah...

p/s - selamat hari wanita .. 8th march


No comments: