Monday, September 22, 2008

kemusykilan ku...

Cara mengerjakan solat dhuha, istiharah, tahajjud, taubat dan hajat dengan cara yang ringkas(bacaan yang mudah).

Jawapan:

Solat sunat Dhuha : Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dilakukan selepas lebih kurang 2 jam selepas sembahyang subuh sehingga pukul 11.00 pagi.Niat sembahyang Dhuha ialah sahaja aku bersembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah S.W.T.Dalam rakaat pertama bacalah surah Wassamsyi Wa Dhuhaha dan rakaat kedua bacalah surah Wad Dhuha.

Solat sunat Istikharah : Solat sunat istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Pada kebiasaannya dilakukan pada waktu malam. Caranya sama sahaja dengan sembahyang sunat yang lain, iaitu dua rakaat dengan satu salam. cuma yang berbeza ialah niatnya. Lafaz niatnya ialah 'sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah'. Selepas mebaca Fatihah dalam rakaat pertama bacalah mana-mana surah yang diingati,begitu juga pada rakaat kedua. Selepas memberi salam berdoalah ke hadhrat Allah SWT.

Solat sunat Tahajjud : Solat sunat Tahajjud dikerjakan sebanyak 2 rakaat yang dilakukan selepas tidur daripada 1/3 malam. Bacaannya ialah pada rakaat pertama syrah al-Kafirun dan rakaat kedua pula surah al-Ikhlas.

Solat Sunat Taubat : Solat sunat Taubat dikerjakan sebanyak 2 rakaat yang sebaik-baiknya dilakukan pada 1/3 malam. Bacaan pertama ialah surah al-Kafirun dan rakaat kedua ialah surah al-Ikhlas.

Solat sunat Hajat : Solat sunat Taubat yang dikerjakan sekurang-kurangnya 2 rakaat pada bila-bila masa sahaja. Bacaan pertama ialah surah al-Kafirun dan rakaat kedua ialah surah al-Ikhlas.

Sunday, September 21, 2008

cup cakes


Bahan-bahan ( 35 biji )

  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • Untuk ising:
  • 100 g mentega
  • 200 g gula ising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate rice utk tabur

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
  4. Acuan_cupcake
    Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
  6. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
  7. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

nyum nyum....

Sunday, September 14, 2008

aku Dekat, Kau Dekat ....

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya : Kenapa ak di uji?

Quran menjawab, “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , “ Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang – orang yang benar. Dan sesungguhnya Dia mengetahu orang orang yang berDusta.”

Surah Al – Ankabut ayat 2-3

Kita bertanya : Kenapa aku tiDak Dapat apa yang ak iDam- iDamkan?

Quran menjawab, “ Boleh jaDi kamu membenci sesuatu paDahal ia amat baik bagimu, Dan boleh jaDi pula kamu menyukai sesuatu paDahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui seDang kamu tiDak mengetahui.”

Surah al – Baqarah ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, “ Allah tiDak membebani seseorang itu melainkan sesuai Dengan kesanggupannya.”

Surah al – Baqarah, ayat 286

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab, “ Janganlah kamu bersikap lemah, Dan janganlah pula kamu berseDih hati paDahal kamulah orang- orang yang paling tinggi Darjatnya, jika kamu orang – orang yang beriman.”

Surah Ali Imran, ayat 139

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghaDapinya?

Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan ( kepaDa ALLAH ) Dengan jalan sabar Dan mengerjakan sembahyang, Dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk”

Surah al – Baqarah ayat 45

Kita bertanya : KepaDa siapa aku berharap?

Quran menjawab, “ Cukuplah ALLAH bagiku, tiDak aDa Tuhan selain DaripaDanya. Hanya kepaDanya aku bertawakal.”

Surah At – Taubah ayat 129

Kita bertanya : Apa yang aku Dapat DaripaDa semua ujian ini?

Quran menjawab, “ Sesungguhnya ALLAH telah membeli DaripaDa orang orang mukmin, Diri Dan harta mereka Dengan memberikan syurga untuk mereka.”

Surah At – Taubah ayat 111

Kita berkata : Aku tak Tahan!!

Quran menjawab, “ …. Dan janganlah kamu berputus asa DaripaDa rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiaDa berputus asa DaripaDa rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir. “

Surah Yusof ayat 12

Kita berkata : Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab, “ kerna sesungguhnya sesuDah kesulitan itu aDa kemuDahan. Sesungguhnya sesuDah kesulitan itu aDa kemuDahan.”

Surah Al – Insyirah ayat 5-6.

suDah! Jangan mengeluh lagi.

Pergi baca Quran.



maya iris - jangan mengeluh lagi ...
curahan cinta niagara ....

Saturday, September 13, 2008

why man have to love women [ respect ]













they're special in many ways......
love woman n Do respect them...




haha.. mcm iklan kementrian n keluarga laks....

Friday, September 12, 2008

aku mencari.... cara solat

SOLAT JAMAK dAN QASAR


Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat solat qasar

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
  • Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
  • Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  • Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  • Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

SOLAT JAMAK

Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.

  • Solat Jamak Taqdim

Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim

    • Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
    • Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
    • Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
    • Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir

    • Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
    • Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.

HAL BERKENAAN SOLAT QASAR dAN JAMAK


Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:

  • Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
  • Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
  • Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat yang berasingan.

Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu.

Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:

  • Jamak dengan qasar sekali.
  • Jamak sahaja tanpa qasar.
  • Qasar sahaja tanpa jamak.

Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.

Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.

Kemudahan solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.

http://cybermosque.mpsj.gov.my/cara.html

aku mencari....

Bagaimana melakukan solat tahajud

Solat sunat tahajud dilakukan pada waktu malam iaitu selepas sembahyang Isya' dan tidur walaupun sekejap. Minimam rakaatnya ialah 2 rakaat dan maksimanya terpulanglah kepada kemampuan seseorang. Sembahyang tahajud dilakukan dengan dua rakaat satu salam begitulah seterusnya. Caranya sama sahaja dengan solat-solat sunat yang lain, cuma berbeza dari segi niat sahaja' Niat solat sunat tahajud' "sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah".


BERKENALAN DENGAN SOLAT JAMAK
Solat jamak bererti menghimpunkan dua solat dalam satu masa. [Lihat Fiqh Perundangan Islam, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

[1] Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir).

[2] Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).

Dalil:

كان صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و كان إذا ارتحل قبل المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب

Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan solat Zohor sehingga dikumpulkan solat Zohor kepada solat Asar dan lalu baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir -pen).

Apabila baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda bersolat Zohor dan Asar serentak (dalam waktu Zohor) kemudian bagindapun berangkat (Jamak Taqdim -pen).

Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir -pen).

Dan apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib) (Jamak Taqdim -pen).[Dikeluarkan Abu Daud, at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits as-Sahihah – hadis no: 164.]

Namun perlu diingatkan bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian.


SOLAT JAMAK DAN QASAR TIDAK SEMESTINYA SATU PAKEJ

Maksud solat jamak seperti yang telah dijelaskan. Solat qasar pula bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 rakaat secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336]

Kedua-dua solat ini tidak semestinya dilakukan secara bersama. Kalau dilihat pada pensyaratan melaksanakan solat qasar dan jamak juga berbeza. Solat qasar hanya boleh dilakukan ketika di dalam keadaan bermusafir manakala syarat dibolehkan solat jamak pula lebih luas. Sila rujuk sub-topik SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN.

SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR

Bermusafir bukanlah faktor penentu untuk melakukan solat jamak kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah melaksanakan solat jamak ketika di Madinah. Disebut di dalam sebuah hadis dari Ibn Abbas:

صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Imam al-Nawawi telah berkata :

“Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan -pen) yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”.
[ al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Syarat bagi melakukan solat jamak bukanlah terbatas kepada faktor musafir sahaja. Syarat-syarat yang lain akan diterangkan secara terperinci di dalam sub-topik berikutnya.

SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN
[1] Bermusafir

Seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:

صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Hadis di atas menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir juga atas sebab lain selain daripada sebab yang disebutkan. Sila lihat syarat-syarat lain di bawah.

[2] Suasana yang sukar atau sulit.


Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada meghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak, beliau menjelaskan:

أراد أن لا ‏ ‏ يحرج أمته

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya.

[3] Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak.

Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya. Dalilnya adalah:

عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.

قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! . Kemudian berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas.
[Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya itu. Dia mengetahui jika pidatonya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan -pen). Menurut perkiraannya meneruskan pidatonya dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

Dalam melaksanakan solat jamak kerana kesukaran atau hajat harus diambil perhatian bahawa

a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.

b ) Hajat hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.

c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.


[4] Jamak kerana hujan

Antara salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu :

جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء، بالمدينة. في غير خوف ولا مطر.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Sekalipun hadis tersebut secara jelas menyatakan bahawa Rasulullah shalallallahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan solat jamak selain disebabkan ketakutan atau hujan, secara mafhum (fahaman tersirat) ianya menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat ketika hujan.

Namun perlu diperhatikan syarat-syarat dan cara-caranya dilaksanakan:

a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

b. Waktu yang dibenarkan untuk di”jamak”kan solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

e. Ada juga di kalangan ulama Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafi’i sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)
[Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140. Dinukil daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik, Pedoman : Rukhsah Jamak Solat Yang Dipinggirkan]



TIDAK TAHU LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK

[Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no:1211]

Ini merupakan pengalaman peribadi suatu masa dahulu, keluarga, sahabat handai dan orang-orang yang bertanya. Antara peyebab ditinggalkan solat jamak adalah kerana tidak tahu bagaimana hendak melafazkan niat bagi solat jamak. Adakah “sahaja aku solat jamak zuhur dan asar…” ataupun “sahaja aku jamakkan solat zuhur dan asar..”? Sesungguhnya ketahuilah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajar bagaimana melafazkan niat untuk apa jua solat sekalipun, termasuklah solat jamak. Itulah sebabnya mengapa tiada hadis sahih berkenaan cara-cara melafaz niat baik untuk solat fardhu mahupun solat sunat. Setiap amalan memerlukan niat, tetapi bukanlah memerlukan melafaz niat. Cukup sekadar lintasan azam di dalam hati kita mengetahui apa yang ingin dilakukan. Melafazkan niat itu hanyalah ijtihad ulamak bagi membantu orang yang mempunyai penyakit was-was yang keterlaluan.

Di dalam Ighatsatul Lahfan Ibn Qayyim rahimahullah menyatakan:

Niat ertinya menyegaja dan bermaksud sungguh-sungguh melakukan sesuatu. Dan tempatnya adalah di dalam hati, dan tidak ada sangkut pautnya sama sekali dengan lisan... [Dikemukakan oleh Imam Ibnu Qudamah dalam Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan Syaikh Sayyid Sabiq di dalam Fikih Sunnah, Victorie Agencies, jld. 1, ms.286]

Dalam menghuraikan tentang hadis "tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat", Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan:

Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud...

...Baidhawi berkata:" Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudharat, sedangkan syari'at aadalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya"
[Dinukil secara berpisah dari Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari (terjemahan Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azam, jld 1 ms. 19]

Contoh memudahkan pemahaman: Niat hendak makan roti canai. Tidak perlulah melafazkan atau menyusun ayat dalam hati "sahaja aku makan roti canai pada waktu tgh hari berserta kuah dal". Memadai lintasan dlm hati kita mengetahui kita ingin menikmati roti canai maka kita pun pergi makan roti canai.

Namun ditegaskan, Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]



Thursday, September 11, 2008

crystal apple...


The meaning behind the apple is that there is only one true love, between Adam and Eve, that is..... A crystal is very fragile, and when one would look in it, his or her views would appear upside down.....

Beside dolphins, i'm also treasures crystal apple.. kinda have alot meaning for me too.. apart as what i write before....


true love never runs smooth....

Wednesday, September 10, 2008

mari berbuka puasa....

huhu....

rini mbak farah open table...
bukan
di kedai, tp di uma dier......
mbak farah mau masak siot....

the night before ak , farah n aishah soping la barang kat Carefour....
banyak gak li.. sume sayuran...
tomato, timun, serai, halia mu
da n many more....
sakan na...

ingtkn
dh cukup.. upenye x..
pagi2 lagi mbak kejut suh teman li lg brg nk masak...
ikut la p giant mines lak [ ak mengambil kesempatan membetulkan external har
disk wan .. huhu... tx beb ]
g mines, kami beli ayam.. byk wo... seko suku jek.. hihi
n brg2 laen lagi yg farah nk ... serbuk agar2 xketinggalan...

the main
dish is nasi ayam upenye... n for desert, agar agar laici... nyum2....

nasi ayam ler
[ gamba hiasan... ala2 gitu rupenye.......]agar- agar laici
[ gamba hiasan - bukan yang sebenar..uhuhu]

at 530 we start cooking...
mbak
dh masak siap2 nasi nye... berbekalkn nasihat n tunjuk ajar dr bonda nya....
siap sekali ngn sambal ns ayam...

me? apa yg me buat?
ak memotong segala keperluan yg perlu
di potong.... tomato, timun, salad..
n hias mcm sampah... huahua.. seb bek farah xkomen.. huhu

then bla aishah balik,
die masak sup ayam...
sambil2 jek ak tegur apa yg perlu masuk...wahh...kuat bau nye.. nak2 bau serai... isk2..farah suke na serai..
then kami stat goreng ayam...

aroun
d 615 nuin sampai n cont tugas goreng2 nh..
seb bek nuin mai bawak periuk, law x, xmasak ayam... hehe

siap segala... n kuih muih yg ak n nuin bli.. campur lagi agar2 farah, meriah tol meja tu ....
tepat jam 1918, kami nyekik...
wahhhh... kenyang siot...
org jawa kata, se'eh... huhu

lam 1930, shikin mai... ak pgl
die [ peribadi ] shikin wawasan since too many shikin yg ak kenal kt sini.. huhu
makcik nh bawak lak popia yg a
de sambal tu.. aishhhh... tergoda.... seb bek perut kenyang... huahua....

ms nk lik, farah tapaukan kami makanan... wahhh..beh gitu..
xyah riso nk sahur.. rezeki terlebih la rini... hihi

niwei, tx farah ... so
dap gitu...

aishah n nuin xketinggalan...
n
dilah busuk, tx gak kes li kan akak kueh yek... ahaks... sodap woooo....... pandai pn ... \(^o^)/ hoho

terima kasih Allah untuk rezeki MU....

makan sebelum lapar or ketika lapar?
berhenti sebelum kenyang or sesu
dah kenyang?

Sunday, September 7, 2008

salam hari lahir abah....


salam hari lahir abah....
moga sihat selalu.... pjg umur murah rezeki......


love my parents very much... can't imagine what hapen to me if they are not here with me.....
can't lose them....

Friday, September 5, 2008

Ramadhan

salam...
ketemu kembali...

ak pulang ke kampung last week sb nk jmp atok ak n menyambut puasa bersama keluarga...
gatai p bli tiket last minit, sudahnya tiket ke Muar ak dpt RM30....
mahai seyh.. mcm nk repot ngn JPJ jek... tp xtaw cara... huhu..

lepak kt kg sehari, then esoknya (30hb) ak lik Quantank ngn family pak su...
sonot.. smp lewat mlm merdeka, kami jln2 area bandar jap...
meriah, ngn lampu warna warni... tp sunyi mcm xda sambutan jek...

smp uma, kami kenduri mlm2... mkn ramai2..syiok...
esoknya, ak bawak wan n izza jln2 bandar...
kol 10 pg dh kuor uma..pergh..xpenah ak kuor bdr merayap seawal pg itu...
jam 230 paksu plg semula ke Muor..
marah tol ak sb xpuas lepak ngn atuk...
iskk...

esoknya puasa..
alhamdulilah sebab ak diberi peluang untuk berpuasa sekali lagi... amin ya Allah...

tapi, masuk hr ke-3 puasa, kami dikejutkan ngn kematian sepupu abah...
pakcik eddy.. katanya meninggal tiba2 selepas solat subuh...
inalillah... nk ziarah, agk jauh.. skudai sana.. so, abah suh la acik mama n wak ngah tlg wakil lawat keluarga tok bungah tu...
selepas maghrib, suddenly acik mama kol.. bgtaw sepupu abah, anak wak ibah plak meninggal....
termenung abah terkenang semua meninggal tibe2...
katanya meninggal sb demam cikukunya ( penyakit demam sendi yg serang area johor n melaka lately).... selain sakit buah pinggang n kencing manis....

so, lps discussion ngn mama, atas kepujukan ayie n aai yg xnk ke sekolah,
bergerak la kami sesudah subuh ke Labis, segamat melawat keluarga arwah...
tp more to family reunion jek ak rs sb sume adik beradik arwah atok mak ade..
n sedara2 abah sume ade.. bak kata org jawa, sedolornya....
pulang lps berbuka kt uma atuk , smp lewat tgh mlm...

arini, ak pulang ke Uniten smula..
letih mangai....


Ramadhan ini beri ak keinsafan bahawa yg hidup pasti akan mati...
dan ak benar2 berterima kasih kepada Allah sb masih berpeluang menjalani ibadah ini....


buat teman sahabat sekalian,
selamat berpuasa...
moga kita sentiasa diberkati...


mati itu pasti.. hidup, insya allah ..... [trilogi Bagaikan Puteri ]