Sunday, September 14, 2008

aku Dekat, Kau Dekat ....

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya : Kenapa ak di uji?

Quran menjawab, “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , “ Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang – orang yang benar. Dan sesungguhnya Dia mengetahu orang orang yang berDusta.”

Surah Al – Ankabut ayat 2-3

Kita bertanya : Kenapa aku tiDak Dapat apa yang ak iDam- iDamkan?

Quran menjawab, “ Boleh jaDi kamu membenci sesuatu paDahal ia amat baik bagimu, Dan boleh jaDi pula kamu menyukai sesuatu paDahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui seDang kamu tiDak mengetahui.”

Surah al – Baqarah ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, “ Allah tiDak membebani seseorang itu melainkan sesuai Dengan kesanggupannya.”

Surah al – Baqarah, ayat 286

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab, “ Janganlah kamu bersikap lemah, Dan janganlah pula kamu berseDih hati paDahal kamulah orang- orang yang paling tinggi Darjatnya, jika kamu orang – orang yang beriman.”

Surah Ali Imran, ayat 139

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghaDapinya?

Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan ( kepaDa ALLAH ) Dengan jalan sabar Dan mengerjakan sembahyang, Dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk”

Surah al – Baqarah ayat 45

Kita bertanya : KepaDa siapa aku berharap?

Quran menjawab, “ Cukuplah ALLAH bagiku, tiDak aDa Tuhan selain DaripaDanya. Hanya kepaDanya aku bertawakal.”

Surah At – Taubah ayat 129

Kita bertanya : Apa yang aku Dapat DaripaDa semua ujian ini?

Quran menjawab, “ Sesungguhnya ALLAH telah membeli DaripaDa orang orang mukmin, Diri Dan harta mereka Dengan memberikan syurga untuk mereka.”

Surah At – Taubah ayat 111

Kita berkata : Aku tak Tahan!!

Quran menjawab, “ …. Dan janganlah kamu berputus asa DaripaDa rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiaDa berputus asa DaripaDa rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir. “

Surah Yusof ayat 12

Kita berkata : Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab, “ kerna sesungguhnya sesuDah kesulitan itu aDa kemuDahan. Sesungguhnya sesuDah kesulitan itu aDa kemuDahan.”

Surah Al – Insyirah ayat 5-6.

suDah! Jangan mengeluh lagi.

Pergi baca Quran.



maya iris - jangan mengeluh lagi ...
curahan cinta niagara ....